|
|
| Thursday, 5-Jun-2008 15:14 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Petrol Hike !!!
|
|
salamm...petrol skang RM 2.70 utk hampir seliter petrol...RM 2.70 ~ 1 liter petrol...x sampai 1 liter pon kan...kan...
3-4 ari lps kata takdak hike...satgi ada plak...yg beshhhhh ptg announce, tgh mlm on the very same daynya, efektif...!!! hadhoyaiiii akai ada ka ???
baca la petikan ni...aku nk ckp byk pon xdek mood...hukhuk...
| Quote: | Harga Minyak
Harga minyak mentah naik sebanyak 400 peratus sejak tiga tahun lepas. Lambat laun harga barangan juga akan alami kenaikan. Di negara-negara lain harga petrol sudahpun naik. Di United Kingdom satu liter petrol dijual pada kadar lebih satu pound sterling atau lebih kurang RM7. Di Amerika Syarikat harganya lebih kurang RM5.
Petunjuk bahawa harga minyak di negara-negara jiran mengalami kenaikan ialah bagaimana kenderaan Thai dan juga Singapura berpusu-pusu mengisi minyak di Malaysia.
Kerajaan umumkan kenaikan petrol sebanyak 78 sen ke RM2.70, kenaikan melebihi 40 peratus.
Saya mungkin tersilap, tetapi ternampak kekurangan jumlah kenderaan di jalanraya hari ini. Tetapi kesannya bukanlah terhad kepada itu sahaja. Barangan pengguna, perkhidmatan dan barangan mewah akan mengalami peningkatan harga.
Kos sara hidup sudah tentu meningkat. Dilihat daripada sudut lain akan tercetus inflasi dan taraf kehidupan akan menurun.
Memanglah kenaikan harga petrol di sini jauh lebih rendah daripada di United Kingdom, mahupun Amerika Syarikat. Tetapi pendapatan per kapita kita adalah lebih kurang satu pertiga mereka. Berasas kepada kuasa membeli kita kenaikan harga adalah lebih tinggi dari UK atau Amerika Syarikat.
Kenaikan ini menyakitkan, tetapi sakitnya lebih dirasai bukan kerana kenaikan dari segi peratusan adalah lebih tinggi daripada negara-negara maju, tetapi kerana cara kenaikan tersebut dibuat.
Beberapa hari lepas Kerajaan putuskan untuk haramkan penjualan minyak kepada kenderaan milik asing. Tunggang. Sekarang kenderaan asing dibenar membeli semula. Terbalik!
Mengetahui yang ianya akan menaikkan harga minyak dalam beberapa hari dan orang asing akan dibenar membeli, kenapa Kerajaan tidak menunggu sahaja daripada keluaran arahan larangan dan kemudian benarkan semula.
Namun begitu apakah yang Kerajaan boleh lakukan untuk meringankan beban kepada rakyat hasil daripada kenaikan harga petrol.
Pertamanya, Kerajaan tidak patut mengapungkan Ringgit. Kadar apungan menyebabkan ketidak-tentuan nilai Ringgit dan kita tidak akan meraih apa-apa keuntungan daripada kekuatan Ringgit. Sudah tentu rakyat tidak menikmati peningkatan kuasa membeli walaupun terdapat peningkatan nilai Ringgit dari segi tukaran dengan Dollar Amerika.
Sebenarnya Ringgit mengalami peningkatan lebih kurang 80 sen (daripada RM3.80 ke RM3.08 pada 1 US Dollar) satu US Dollar, melebihi 20 peratus. Jika Kerajaan teruskan sistem tambatan kadar dan menaikkan nilai Ringgit pada kadar 10 peratus pada satu masa, kos import, dalam Ringgit boleh dipantau dan dikurangkan sebanyak 10 peratus. Pada kadar kenaikan 20 peratus, kos import patutnya turun 20 peratus. Tetapi kita tahu harga barangan import dan perkhidmatan tidak kurang. Ini bermakna kita bayar 20 peratus lebih tinggi untuk import termasuk bagi bahan mentah dan komponen untuk industri
Oleh sebab harga minyak disebut dalam Dollar Amerika, kenaikan harga minyak dalam Dollar sepatutnya dikurangkan sebanyak 20 pertaus dalam Ringgit Malaysia.
Tetapi Kerajaan hendak turut Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia dan telah putuskan untuk mengapung Ringgit. Akibatnya kekuatan Ringgit hanya meningkatkan kos export tanpa memberi sebarang keuntungan kepada rakyat menerusi kekurangan kos import.
Ini bukanlah kecerdikan selepas sesuatu itu terjadi. Saya telah beritahu seorang Menteri Kerajaan supaya Ringgit tidak diapungkan tiga tahun lalu. Memanglah saya bukan pakar dan saya hanya tahu serba sedikit tentang rejim kewangan antarabangsa.
Saya percaya umum terpaksa menerima kenaikan harga petrol. Tetapi apa yang menimbulkan kemarahan ialah jumlah kenaikan serta keadaan tergesa-gesa. Perdana Menteri sebelum ini seolah-olah mencadangkan kenaikan hanya pada bulan Ogos, tetapi ianya datang dua bulan lebih awal, sejurus selepas pengharaman penjualan kepada orang asing.
Jika kenaikan berperingkat, rakyat tidak akan terlalu terasa. Tetapi ini bermakna Kerajaan perlu terus beri subsidi walaupun tahapnya akan menurun.
Mampukah Kerajaan terus beri subsidi? Saya “penasihat” Petronas tetapi saya tahu sedikit sahaja berkenaannya dan tidak lebih daripada apa yang dilaporkan dalam akaunnya yang diumumkan. Apa yang saya tahu mungkin tidak begitu tepat tetapi cukup untuk saya membuat beberapa penilaian.
Malaysia mengeluar lebih kurang 650,000 tong minyak sehari. Kita guna 400,000 tong dan selebihnya 250,000 tong di export.
Tiga tahun lalu minyak mentah dijual pada kadar USD30 satu tong. Hari ini ianya USD130 – kenaikan sebanyak USD100. Hampir tiada peningkatan di dalam kos pengeluaran oleh itu lebihan USD100 boleh dianggap untung bersih.
250,000 tong yang dieksport sepatutnya memberi kita pulangan 250,000 x 100 x 365 x 3 = RM27,375,000,000 (Dua puluh tujuh bilion Ringgit).
Tetapi Petronas untung lebih RM70 billion, yang kesemuanya milik Kerajaan.
Kerajaan ini melimpah dengan wang.
Selain minyak, harga minyak sawit, getah dan timah juga meningkat lebih kurang 400 peratus. Keuntungan syarikat perladangan dan bank-bank juga mencecah sehingga RM3 billion tiap satu. Cukai yang dibayar juga sudah tentu mengalami peningkatan yang tinggi.
Saya percaya jika subsidi dikekalkan dan dikurangkan secara berperingkat ianya tidak akan mengekang kewangan Kerajaan.
Di dalam jangka masa terdekat cara untuk mengurangkan pembaziran dan menaikkan pendapatan mestilah diperkenal. Kita mungkin tidak dapat menetapkan gaji minima, tetapi sudah tentu kita boleh meningkatkan sedikit jumlah gaji minima.
Sebenarnya pendapatan kita tinggi berbanding sesetengah jiran kita. Pelabur yang datang ke sini tertarik bukan dengan harga buruh murah, tetapi faktor-faktor lain termasuk sikap dan pendekatan Kerajaan tehadap komuniti perniaga terutamanya pelabur.
Daripada apa yang saya dengar, sikap mesra peniaga amat berkurangan pada Kerajaan sekarang hinggakan orang Malaysia juga melabur di luar negara. Terdapat cakap-cakap berkenaan hubungan politik mempengaruhi keputusan. Secara amnya ahli politik Kerajaan dikatakan sombong.
Malaysia tidak punyai cukup tenaga kerja. Industri yang memerlukan tenaga pekerja yang ramai tidak menguntungkan Malaysia. Pekerja asing menghantar jumlah wang yang besar ke negara asal mereka.
Polisi industri mestilah bertukar agar teknologi tinggi dapat dipromosikan untuk memberi rakyat Malaysia lebihan pendapatan bagi menampung kos sara hidup yang meningkat.
Dunia sedang menghadapi kecelaruan ekonomi akibat penurunan nilai Dollar Amerika, krisis pinjaman sub-prima, kenaikan harga minyak dan bahan mentah, kekurangan makanan dan akiviti tamak “hedge funds” yang berterusan. Kemungkinan berlakunya resesi ekonomi Amerika Syarikat adalah benar. Sebenarnya Amerika Syarikat sedang mengalami kelembapan ekonomi. Ekonomi dunia akan turut ditarik turun.
Malaysia juga akan terjejas kesan daripada semua masalah ini. Saya tertanya adakah Kerajaan bersedia untuk menghadapi semua ini.
Kita tidak boleh lari daripada akibat negatif tetapi mestilah ada cara untuk mengatasinya agar beban yang terpaksa ditanggung rakyat dapat dikurangkan. Saya harap yang Kerajaan tidak akan melepaskan sahaja segala masalah ini kepada rakyat seperti ynag digambarkan cadangan untuk menilai harga minyak setiap bulan. |
* credit to www.chedet.com
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 4-Jun-2008 05:26 |
Email | Share | | Bookmark |
|
My Visit to Busha's Place...
|
|
Assalammualaikum...last Sunday, drop by ke rumah Busha kat Perdana Terrace, Taman Pulai Perdana [dr UTM Skudai hala ke Pontian, trepik light lepas Petronas tu masok kiri]...bkn slalu leh singgah depa pon bz dan aku pon bz...balek kampong kalu blm tentu leh singgah gak sbb tight schedule...
Busha or Subha ni mmber aku mase kat UTM dulu...wife die pon housemate wife aku...so, leh kate we walk the same path la mase nk ngorat lu...ekekeke...la ni kije kat UTM sambil2 wat bisnes DCHL...cantek rumah dia...simple yet elegant...kena la ngan small family yg dia ada...wife, Rina dan anak pompuan comei die, Risya...
ade sket ole2 gambo aku aplod neh...
| Quote: | | mai le dtg sini...risya ada banyakkkkk maenannn... |
| Quote: | | si risya yg malu2 memandang lensaku akhirnye sekadar menjeling...huhu...gambo senget sket sbb alas towel setting timer ekeke |
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 4-Jun-2008 02:05 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bahari + As on Mag Cover !
|
|
| Quote: | | Coverage @ Segambut Dalam |
| Quote: | | Coverage @ Gedong Lalang, Ampangan |
|
|
|
|
|
|
| Monday, 26-May-2008 04:04 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sorang lai kawan aku nikah...
|
|
Assalammualaikum...
lepas Bahari, Bugh plak nikah...thehehe...
| Quote: | | nikah ?? not a bad idea at all lahhh...good for you what!!! we're not getting any younger you know... |
kat umah bugh kat taib andak...
oh kekasih hatiku misha kata bugh keriangan...wahkahkah
sini pot baek ni nk shoot outdoor...cuma nyamuk la x leh hendel...byk siottt...
sempat tu ushar umah Mawi World...abes kate dekatt...kehkehkeh...
more piccas at http://lensakami.fotopages.com/
|
|
|
|
|
|
| Monday, 26-May-2008 03:06 |
Email | Share | | Bookmark |
|
My small family...I Love Them Sooo Much...!!
|
|
Assalammualaikum...this is my small family...wifey and 2 kids...there is nothing more important to me other than them...and I treasured them more than I treasured myself...
| Quote: | | My wife, Effi with my 2 heroes, Muhammad Akif Mirza and the 11 month's Muhammad Harraz Mirza. |
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 13-May-2008 08:23 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kawan aku nikah dah..
|
|
My good old friend is taking a big step in his life...thehehe...
| Quote: | | Bahari Razali + Asmawati Asmuni ... semoga Allah merahmati pasangan ini dan dilimpahi rezeki yg melimpah ruah...amin.... |
more images at my feed site http://lensakami.fotopages.com/
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 22-Apr-2008 08:05 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Coming Soon, at your nearest cinema...!!
|
|
[Sinopsis] Sebuah filem berat dari seorang pengarah filem dari Mesir yang mengisahkan tentang seorang bekas kerani sekolah yang memasuki maktab perguruan demi mengejar impian dan cita-citanya untuk menaikkan status sekolah di kampungnya dan mengubah tanggapan kuno guru-guru di situ...sebuah sinema yang harus ditonton seisi kampung dan diklasifikasikan sebgai Tontonan Umum [U]
[Sinopsis] Kahar (lakonan Ahmad), seorang pelajar di sebuah IPTA keliru dengan jalan yang harus dipilihnya sama ada untuk terus menyambung pelajaran atau menyahut cabaran dari Rasidin (lakonan Zack), seorang juara lumba kereta yang kaya untuk berlumba kereta dari Jalan Ipoh ke Bulatan Pahang. Rasidin juga adalah seorang penjenayah yang licik yang mengamalkan cara hidup ala-ala Mafia. Apakah penamatnya filem aksi ini? Diklasifikasikan sebagai [18SG] kerana mempunya sedikit unsur-unsur tahyul dan ganas. Juga dibintangi oleh ramai pelakon-pelakon hebat. Filem yang bakal mencatat kutipan boxoffice untuk 2008 !!
|
|
|
|
|
|
| Monday, 21-Apr-2008 05:33 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Photofolio...camera phone oso can use liao !! :D
|
|
salammm....
this piccas was took using my sony ericsson k810i at the back of my house...ooops silap...at the back of my parents house...huehue....
with sufficient amount of lights and space, your 3.0 mp's camera can produce a very nice images and might be as the same quality produce by a compack camera...
this is my elder sister, Balkhis aka akhis, and this was just for try out...for fun...
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 20-Apr-2008 14:29 |
Email | Share | | Bookmark |
|
My Nakama...
|
|
Salam....
| Sahabat | Teman | Rakan | Kawan |
Semuanya bersangkut paut dalam kehidupan kita...dan setiap satunya ujud dalam rantai hubungan sosial manusia...hubungan manusia sesama manusia yang telah ujud sekian lama...pendek kata, oleh kerana mereka ini, kita ada...
| Quote: | | aku ada kerna kau ada.... |
Aku : punya ramai kawan-kawan...teman seperjuangan....mahupun rakan taulan...yang jumlahnya amatlah ramai dan banyak...akan tetapi, dalam ramai-ramai kawan dan teman tersebut sahabat bukanlah mudah dicari...
Nakama - adalah satu term dalam bahasa Jepun yang juga bermakna sahabat dr segi bahasanya akan tetapi mempunya makna yang jauh lebih mendalam...di mana, Nakama ini bukanlah orang yang mudah untuk dicari, dijumpai di tepi jalan, di tengah padang bola, di warung kopi dan sbgnya, ttp adalah sebaliknya...
Persahabatan yang terjalin selama beberapa tahun, di tambah dengan memori melalui masa-masa dan liku-liku kehidupan, jatuh bangun bersama..icipan kehidupan yang telah sebati seiring masa itulah yang mendorong akan kewujudan terma sahabat itu pada manusia...
Rantaian kehidupan pasti akan menemukan kamu dengan sahabat mu...dan ingin aku persembahkan, salah seorang Nakama ku, Fakrulngazmee Bin Samsori...
terima kasih ya sahabat....
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 20-Apr-2008 06:53 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Muhammad Harraz Mirza | The Debut
|
|
salam...
let me without any further ado, introduce to all of you, my beloved and most welcome fp's visitors, to my second hero, Muhammad Harraz Mirza. Later, he will appear more frequently in my fp due to his ability to say "nikon" which is of course the passcode for my bloodline to appear in any of our version of Stunning Nikon's imaging...
This is him. And there he is. What's left to say ??
Enjoice.
|
|
|
|